Thursday, 21 August 2025

Sukadana’s Warm Welcome and the Living Routes of Bugis Trade

My first taste of Kalimantan was in 1997, when I was sent to survey a tender barge at the Mahakam Delta, Balikpapan. I kept returning until around 2009, Samarinda, Banjarmasin, and elsewhere. Across Borneo I’ve worked in Miri, Bintulu, Lutong, Kuching in Sarawak, Kota Kinabalu, Labuan, and Brunei, mostly work, except Brunei where many of our menfolk “pay respects” in Temburong, if you know what I mean. Last year I spoke on Bugis trade in Pontianak; this year the invitation was to Sukadana. I remember when SilkAir flew direct to Pontianak, now it’s via Jakarta.

Sukadana sits on the south of Kalimantan. We ran up Sungai Kapuas in a 45-knot speedboat, normally five to six hours; the slow boat takes more than a day. It can take longer if either of the two big outboards clips a floating log or gets fouled by weeds, old fishing nets, or river garbage. 

The ride was scenic all the way, with a memorable lunch stop at Kubu. We stayed at Hotel Mahkota and from there plunged into cultural events, seminars, and warm social gatherings.

There was even karaoke at Pantai Datok…great fun. A friend in SG texted me after seeing my photos on Facebook: “Wahhh Tuah, you skipped our SG60 but became a guest at Indonesia’s Independence Day!” I was honoured to be invited by the Bupati (Governer) of Kayong Utara to witness the Hari Ulang Tahun ke-80.

The seminar went well. I enjoyed my airtime, sharing the trade networks linking Singapore, Sukadana, and the wider Nusantara. Many friends were the same good people from last year’s event in Sambas, and each session brought fresh insight, untold kingdoms, social cohesion, histories, anthropologies.


 
My thanks to Mr. Natsir for organising and for inviting my wife and me, and to Mr. Jumadi Gading for being an excellent host. May Indonesia remain blessed and prosperous for its people, for the region, and for the world.


Assalamaualikum 

Pengalaman pertama saya di Kalimantan ialah pada tahun 1997, ketika saya ditugaskan meninjau sebuah Tender-Barge di Delta Mahakam, Balikpapan. Saya terus berulang-alik hingga sekitar 2009, ke Samarinda, Banjarmasin dan lain-lain. Di seluruh Borneo saya pernah bekerja di Miri, Bintulu, Lutong, Kuching di Sarawak, Kota Kinabalu, Labuan dan Brunei, kebanyakannya urusan kerja; kecuali Brunei, tempat ramai lelaki kita “bayar niat” di Temburong, kalau you faham maksud saya. 


Tahun lalu saya berkongsi tentang perdagangan Bugis di Pontianak; tahun ini pula jemputan ke Sukadana. Saya masih ingat ketika SilkAir terbang terus ke Pontianak; kini perlu melalui Jakarta.

Sukadana terletak di selatan Kalimantan. Kami menyusuri Sungai Kapuas dengan bot laju 45 knot, biasanya lima hingga enam jam; bot perlahan mengambil masa lebih daripada sehari. Perjalanan boleh menjadi lebih lama jika salah satu daripada dua enjin outboard terlanggar kayu hanyut atau tersangkut rumpai, jaring lama, atau sampah sungai.

 Pemandangannya indah sepanjang laluan, dengan persinggahan makan tengah hari yang mengesankan di Kubu. Kami menginap di Hotel Mahkota dan dari situ tenggelam dalam acara budaya, seminar dan pertemuan sosial yang mesra. Malah ada sesi karaoke di Pantai Datok, memang seronok. 

Seorang rakan di SG mengirim mesej selepas melihat foto di Facebook: “Wahhh Tuah, kamu tak hadir SG60 kita tetapi jadi tetamu pada Hari Kemerdekaan Indonesia!” Saya berasa sangat dihormati apabila dijemput oleh Bupati (ketua daerah) Kayong Utara untuk menyaksikan Hari Ulang Tahun ke-80.


Seminar berlangsung dengan baik. Saya benar-benar menikmati masa di pentas, berkongsi tentang jaringan perdagangan yang menghubungkan Singapura, Sukadana dan Nusantara yang lebih luas. Ramai rakan ialah orang baik yang sama dari acara tahun lalu di Sambas, dan setiap sesi membawa ilmu pembuka minda, tentang kerajaan-kerajaan yang jarang diceritakan, jalinan sosial, sejarah dan antropologi. 


Terima kasih kepada Encik Natsir kerana menganjurkan serta menjemput saya dan isteri, dan kepada Encik Jumadi Gading yang menjadi tuan rumah dengan layanan yang baik. Semoga Indonesia sentiasa diberkati dan makmur demi rakyatnya, rantau ini dan dunia.





Honorable Gifts and Appreciations from the Governor and friends.







 


 



No comments:

Post a Comment