Tuesday 17 March 2020

 Menjejak istana silam di Singapura 

Istana, dalam budaya dan pemikiran orang Melayu dulu, merupakan lambang kekuasaan seorang raja. Selain menjadi kediaman raja, istana juga berfungsi sebagai tempat masyarakat berkumpul dan kedutaan bagi pertemuan orang penting. Singapura sebenarnya pernah mempunyai lebih 20 istana yang dimiliki dan dibina raja-raja Melayu. BERITA HARIAN menemu bual pengkaji warisan Sarafian Salleh yang berjaya menjejak dan memetakan istana-istana tersebut, sekali gus menambah halaman dalam cerita Singapura. Laporan pertama diterbitkan hari ini dan laporan kedua pada Isnin depan. 
JIKA ditanya mengenai istana, ramai warga Singapura pasti terbayang Istana yang menjadi kediaman rasmi dan pejabat presiden negara ini dan mungkin juga teringatkan Istana Kampong Glam, kediaman kerabat diraja Singapura dulu yang kini dibangunkan semula sebagai Taman Warisan Melayu. Laporan oleh Ismail Ali, SPH.


 #istanalama #sarafiansalleh #akubangsajohor #bangsajohor #telokblangah #tuahbugis #bugistemasek #warisanjohor #iremembersg #heritagesg #singapore #ismailali #melodyzaccheus #mycommunity #temasekruralexploringenthusiast #johnmiksic #kevintan #sgcolorisation #historySG #sg700