Saturday 29 June 2013

Kapal Padawakang, yang digunakan oleh suku Bugis sebelum pembinaan Phinisi

Sulawesi samalah seperti nama2 negara yang lain, dan lahirnya dari loghat-telo sesiapa yang mencatatkan nya ke dalam buku sejarah.

Pulau Seluwasi telah dihuni oleh manusia semenjak 30,000 tahun yang lalu dengan bukti2 peninggalan pusaka purba oleh 'orang lama'

Wilayah Luwuk terkenal dengan penghasilan senjata besi. Selain daripada kaya dengan hasil besi dari bumi, ada juga hasil dari angkasa, iatu dari tahi-bintang 'Meteor'. Selain dari pada nama Seru-Besi, Sulawesi juga dikenal sebagai 'Pulau-Besi'.....maka loghat puak di pulau itu dengan perlahan memanggil pulau itu sebagai Sulawesi.
Bessi Luwu terkenal dengan pembinaan Badek, senjata peribadi orang Bugis.

Orang Belanda menyebut 'Celebes' dan Portuguese pula 'SelleBessi'

Orang Arab yang datang ke pulau pada masa tu menyebut nya 'Sholibis'. Inggeris catatkan di carta mereka sebagai Celebes. 

Saya mohon petunjuk daripada sesiapa, jika saya salah, kerana ini adalah dari pengetahuan saya saja.



No comments:

Post a Comment