Friday 22 April 2011

Erti disebalik logo 'Bugis Temasek'

Seperti mana yang telah tertera di lambang bertuah ini, saya memang lama pikiak, amacham nak bugiskan logo ini dengan tidak menimbulkan hasrat perkauman, discriminasi dan juga kebangga sesebuah puak. Malahan ingin memberitahu masyarakat, niat member2 bugis-temasek sebagai kumpulan yang ingin melestarikan kewujudan puak Bugis, dan juga suku2 lain seperti Jawa, Padang, Bawean, Minang dan sebagainya.

Di lambang ini, terdapat Ayam Jantan, Pinisi, Flintlock-Pistol, Keris, Lautan, BenderaSingapura, bulatan gerigis..semuanya ada makna yang tersendiri. Aturan ikon2 nya pun telah saya philosophy-kan dengan unsur2 spiritual & geographical...hee...hee

Ayam Jantan: Memang sudah terkenal di merata dunia yang Ayam Jantan adalah sebuah object Jagohan. Sultan Hassanudin, raja gowa (1631-1669) sangat terkenal dgn kegagahan dan kepintaran beliau hinggakan dia digelar ayam Jantan Benua Timur. Kehebatan beliau amat disegani oleh Pasukan Belanda, hinggakan mereka memberi geleran Ayam Jantan kepada baliau.

Ia juga sudah menjadi adat bangsawan Makassar di zaman lampau yang gemar berjudi, dan telah bersabung ayam dengan cara besar-besaran. Ini hanyalah kisah dolu2 sahaja. yang baik kita amalkan, yang buruk, lebih baik kita jauhkan ya..hehe.
Ayam itu juga telah diberi kepada nama bintang yang dipanggil *jagang-jagang* di langit sebagai panduan 'navigation' semasa di perlautan. Ia telah digunakan oleh Daeng Parani semasa merentas perlautan menuju ke Riau dan Semenanjung...

Pinisi adalah transportasi yang digunakan oleh Bugis. Apa yang istimewa dgn perkapalan in adalah layar di hadapan kapal yang membolehkan pinisi 'pusing' dengan cepat, dibandingkan kapal2 belanda yang besar. Dengan ini, Bugis telah melahirkan satu stratergy perperangan laut yang hebat, dengan mempamerkan meriam2 untuk membedil kapal belanda.

Flint-Lock : Pada pembacaan saya... di dalam pertarungan, keris digunakan di pertempuran jarak dekat. Itu pun, selalunya pembunuhan digunakan dengan dua-belah tangan....keris jarang digunakan oleh orang Bugis..unless necessary. Dari jarak sederhana, kadang2 mereka menggunakan Flint-lock, yang barangkalinya telah dibekal oleh tentera Portuguese pada abad ke 1500~1700. Arung Belawa juga pernah menggunakan Flint-Lock untuk membunuh Gabenor Belanda di Riau, sebelum ia melarikan diri dan berhijrah ke Singapura pada tahun 1824 bersama 400 prajurit.

Insyallah....akan saya luahkan lagi apa yang saya tahu. Saya pun ingin member2 memberi pandangan dan teguran sekiranya apa yang saya luahkan tidak sempurna atau kekurangan...

Wassallam

TuahBugis

No comments:

Post a Comment